Sunday 6 July 2014

PROSES CLAIM PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Ramai yang tertanya-tanya..macam mana nak claim kalau kita dapat musibah nanti.. Di sini saya nak share dengan semua tentang cara untuk claim.
1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful…
2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

PruBSN SmartLink




Apakah PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitian-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Anda juga boleh mengambil pelan ini selepas anda hamil melebihi 20 minggu /5 bulan.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Apakah tawaran PruBSN SmartLink?

Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui PruBSN SmartLink. Kini ia disertakan perlindungan tambahan iaitu Extra Basic, di mana ia melindungi anda dan kandungan anda seawal 20 minggu kehamilan.
Pelan perancangan keluarga
Bagi yang masih belum hamil, dan merancang untuk hamil pada masa hadapan disertakan rider tambahan Baby Care. Rider yang melindungi anda serta bayi anda dan tidak terhad untuk jumlah kelahiran. Bagi mereka yang berminat untuk mengambil rider tambahan ini, perlu mengambil pelan PruBSN FirstLink atau TakafulLink. Pelan ini akan melindungi anda hamil sebelum umur 46tahun.
Berikut merupakan manfaat yang diilustrasikan.





Mr Afiq
Executive Wealth Planner of
Prudential Assurance (M) Berhad / PruBSN Takaful
Tel : 019-3726223

Thursday 26 June 2014

SAMPAI BILA SYARIKAT AKAN BAYAR BILL HOSPITAL ANDA??


Pernyataan ini memang selalu saya dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan.  Mereka berpendapat, Buat apa ambik plan medical insurans/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited… atau ada juga yang bagitau saya, Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu ambik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambik
Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited.
Betul, kadang-kadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)….limitnya adalah…
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak?
Seterusnya jawapan anda..“Haaa, masa tu baru le amik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you ambik medical card ni kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik ambik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”

KEDUA  Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampailah anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk ambik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya ke pada pesakit tu, “Kau tahu dari awal ke yang kau akan kena sakit ni?….” atau “Kau memang nak ke, sakit ni terkena kat kau”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena ambik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu ambik medical card tu sekarang, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tahu anda nak sakit je, baru anda ambik. Fikirkanlah sendiri.
Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent insurans/takaful dan syarikat insurans boleh cari client yang sihat. Tapi, anda tidak boleh cari insurans yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak. Kemudian dapat pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.
Selain itu, ada beberapa lagi client saya yang lain yang buat claim pembedahan apendiks, pembedahan lutut dan juga tonsil..semuanya senyum kerana tidak mengeluarkan sesen pun wang dari poket mereka bahkan semuanya ditanggung beres dan poket pula diisi dengan elaun-elaun yang mereka dijamin akan menikmatinya..*ada yang memberi komen bahawa tidak takut utk jatuh sakit..




Muhamad Afiq Aizad Bin Rosman



Executive Wealth Planner of
Prudential Assurance (M) Berhad / PruBSN Takaful
Tel : 019-3726223


Saturday 14 June 2014

DO YOU NEED HEALTH INSURANCE?? PERLU ATAU TIDAK??





Persoalan yang sentiasa kita akan temui dan sentiasa menjadi tanya tanya..Kebanyakkan orang bila ditanya akan berfikir bahawa insurans hanyalah sebagai satu pilihan..anda boleh hidup dengannya dan juga anda boleh hidup tanpanya..Betul !!..
Tapi, sebenarnya, anda tidak boleh menafikan, menidakkan dan mengambil langkah sambil lewa mengenepikan perkara ini.  Ini kerana, amat penting untuk anda memiliki sekurang-kurangnya satu pelan insurans terutamanya pada masa sekarang berikutan kos rawatan dan kos perubatan semakin meningkat saban hari.  Sekiranya anda tidak memiliki sebarang perlindungan daripada pelan insurans, apabila tiba masa dimana anda amat perlukan rawatan atau perkhidmatan kesihatan, anda akan terpaksa mengeluarkan wang saku anda sendiri untuk membiayai kos rawatan/perubatan berkenaan dan ini akan mengakibatkan satu bebanan yang amat besar terhadap keadaan kewangan anda.  Anda Sakit dan Kewangan Anda Turut Sakit !!!
Sekiranya anda mengalami penyakit yang serius, itu bermakna anda perlukan sejumlah wang yang banyak, mungkin beribu ringgit, dan anda perlukan ianya dengan kadar segera.  Adakah keadaan kewangan anda pada masa itu mampu untuk berbuat demikian?  Fikirkan semula !!
Seperkara lagi, kebanyakkan orang juga berpendapat dan berfikir mereka kini dalam keadaan sihat dan kuat dan sukar untuk dijangkiti sebarang penyakit..Itu yang mereka fikirkan dan apa yang mereka sangkakan..Pendapat seperti ini adalah satu pandangan yang amat berisiko tinggi kerana tiada siapa dapat meramal apa yang bakal terjadi esok!!
Terlalu banyak perkara luar jangka di dalam kehidupan seharian kita dan tidak hairanlah kita sendiri pernah mengatakan hidup ini sukar diramal..Jangan sudah jatuh ditimpa tangga pula..Bersedia lebih awal lebih baik daripada anda melengahkan apa tindakan yang sepatutnya anda buat sekarang!!

English version  -  All along, people think health insurance as an option; you can live with or without it. Well, the truth is, you can’t ignore it, it is very important to have health insurance, especially with the high rising medical cost in recent years. If you don’t have any health insurance coverage, when the times comes where you need to receive medical attention or services, you will have to pay the entire fee from your own pocket and that can be a huge financial burden.
If it is a serious illness, that can means several thousand of ringgits and are you prepare for it or in simple terms, do you have the financial ability to pay for it? Again, some people think that they are health and strong and won’t get any illness easily. That’s a very risky thought because really, nobody knows what will happen tomorrow. There is too much uncertainty about life, that’s why people said life is unpredictable.



Muhamad Afiq Aizad Bin Rosman

Executive Wealth Planner of
Prudential Assurance (M) Berhad / PruBSN Takaful
Tel : 019-3726223


Tuesday 10 June 2014

TAKAFUL PENTING?



Takaful? Adakah penting untuk anda? Ramai yang masih 
tertanya-tanya tentang keperluan perlindungan takaful untuk
diri sendiri dan keluarga, ramai juga yang kurang percaya,
dan ramai juga yang masih tertunggu-tunggu, menanti masa yang
sesuai untuk memohon takaful untuk diri sendiri dan keluarga.
Antara soalan-soalan lazim yang biasa bermain di fikiran orang ramai.


* SIMPANAN SAYA DAH MENCUKUPI

Apakah sebab anda membuat simpanan? untuk persaraan? untuk menunaikan haji? atau melancong? Bagaimana pula sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia? adakah dibawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih malang lagi terpaksa membayar hutang? tanpa perlindungan diri dan keluarga, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Fungsi takaful pula akan melindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan ditanggung. Takaful juga lah yang akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.


* TAKAFUL MAHAL

Pelan takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan seseorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful. Mengapa? takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang yang lebih dari nilai caruman anda. Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda mendapat wang simpanan anda.


* SAYA TAK MAMPU

Adakah benar? Sekiranya anda tidak mampu memohon pelan takaful semasa anda sihat dan masih mampu berkerja, Adakah anda akan mampu membayar pelan takaful, sekiranya anda sakit dan tidak mempunyai pendapatan nanti. Jawapan nya tanya diri anda sendiri.


* TUNGGU DULU

Anda akan sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri. Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada siapa pun dapat hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, risiko juga akan bertambah bermakna kos takaful juga akan bertambah. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu lagi! sertailah pelan perlindugan diri dan keluarga anda sekarang.


* SAYA DAH ADA

Benar kah? Bagus jika ada. Tetapi masa berubah dan banyak bena akan berubah termasuk keperluan kewangan. Sudahkah anda menyemak pelan yang anda ambil sekarang? Sudah kah anda mengkaji keperluan risiko anda? Adakah takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka? Anda perlu dapatkan takaful yang sesuai untuk diri anda dan keluarga anda.


* SAYA TAK MINAT DENGAN TAKAFUL

Takaful dibeli semasa anda tidak minat, takaful dibeli ketika anda sedang sibuk, dan takaful juga dibeli semasa anda tidak memerlukan, Ramai yang nak beli semasa minat, semasa sudah tidak sibuk dan semasa perlukan. Sebenarnya sudah terlewat pada waktu itu. Ingat!! penyakin hadir tanpa diduga tanpa undangan tanpa pesanan.






MUHAMAD AFIQ AIZAD BIN ROSMAN
Wealth Planner of
Prudential Assurance (M) Berhad / PruBSN Takaful
Tel : 019-3726223

Monday 26 May 2014

Tanya Diri Anda Sekarang !!!

Kecederaan Boleh Berlaku dan Penyakit Boleh Menyerang Tanpa Sebarang Amaran.

“Adakah Anda dan Keluarga Di Lindungi Insurans? “
Tahukah Anda Rawatan yang Tepat dan Cepat Merupakan Antara Cara Yang Terbaik Untuk Memastikan Kecederaan atau Penyakit Yang Dialami Tidak Memudaratkan.
Dengan Kos Perubatan Moden Yang Semakin Meningkat, Mendapatkan Rawatan Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Tidak Harus Bergantung Kepada Simpanan atau Wang Tunai Anda Semata-mata.
Pastikan Kos Rawatan dan Perubatan Anda Tidak Menjadi Masalah Ketika Anda Memerlukannya Dengan Insurans Perubatan dan Kesihatan atau Takaful Perubatan dan Kesihatan.

ADAKAH ANDA DILINDUNGI??

Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Melindungi Diri dan Keluarga Seperti Melindungi Harta Benda Mereka?
Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan Takaful Mungkin Tidak Dapat Menjamin Masa Depan Yang Cerah Untuk Anda, Tetapi Sekurang-kurangnya Perlindungan dan Bantuan Yang Diperlukan Anda dan Keluarga Dijamin Ketika Anda Memerlukannya.
SOALAN :
Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
JAWAPAN :
Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.

BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN KEHIDUPAN TANPA ANDA??

Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans Hayat dan Pelan Takaful Keluarga Dapat Menjamin Daripada Segi Kewangan dan Boleh Memberi Mereka Perlindungan Kewangan Tambahan Untuk Meneruskan Kehidupan Setelah Anda Tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.

               


MUHAMAD AFIQ AIZAD BIN ROSMAN
Wealth Planner of
Prudential Assurance (M) Berhad / PruBSN Takaful
Tel : 019-3726223




Sunday 25 May 2014

Kami sarankan anda perlu dapatkannya dengan segera!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, setakat hari ini saya menerima banyak panggilan telefon dan juga email daripada mereka yang masih tercari-cari plan takaful yang menepati citarasa dan keperluan mereka..Saya juga berasa amat gembira kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka ini.  Mungkin hari ini tiada apa yang kita dapat lihat.  Insya Allah, mungkin satu hari nanti, dengan apa yang kita lakukan sekarang akan memperolehi manfaatnya.
Bagi saya, saya bertindak sebagai orang tengah yang membantu anda untuk mempermudahkan urusan anda untuk mendapatkan pelan jaminan perlindungan takaful kepada diri dan keluarga anda.  Mungkin proses ini akan jadi lebih mudah kepada anda untuk memahami apa sebenarnya yang anda perlu lakukan dan apa yang perlu anda tahu.  Jika tidak, anda seumpama membayar setiap bulan kepada sesuatu pelan takaful yang anda sendiri tidak tahu apa manfaat yang anda akan dapat dikemudian hari. Akhirnya anda berpendapat dan merasakan simpanan yang anda lakukan setiap bulan tidak berbaloi dan menipu diri anda.
Lebih baik anda bersedekah daripada memberi/membayar kepada pelan tanpa memberikan manfaat yang anda perlukan untuk diri anda.  Tapi sejauh mana kita pada zaman sekarang sanggup untuk bersedekah dengan jumlah wang yang sama setiap bulan??? Tepuk dada tanya selera..RM100 minimum setiap bulan utk disedekahkan kepada orang ramai..Ianya tidak salah tetapi berat bukan..?? Lainlah jika kita ada lebihan yang kita ikhlas utk dermakan setiap bulan..
Jadi, dipendekkan cerita, kami di Prudential Bsn Takaful amat menyarankan kepada semua yang bekerja swasta, kerajaan, mempunyai perniagaan sediri, surirumah, anak-anak anda, pekerja yang mencari perlindungan insurans yang terbaik dan bernilai tinggi, para persara yang belum mencapai usia 60 tahun ke atas dan juga para kakitangan awam untuk mempertimbangkan pelan yang ditawarkan ini.  Amat berbaloi dan amat bermanfaat.  Ini bukan omongan kosong ya..!!





MUHAMAD AFIQ AIZAD BIN ROSMAN
Wealth Planner of
Prudential Assurance (M) Berhad / PruBSN Takaful
Tel : 019-3726223